Ujian SEGAK dan Ujian Bleep


Bagi seluruh siswa guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di setiap Institut Pendidikan Guru, mereka wajib untuk menghadiri dan menjalani kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan (GKK1043). GKK1043 merupakan salah satu kursus yang generik iaitu kursus teras ataupun wajib bagi semua siswa guru PPISMP. Menurut Zainun Ishak di dalam bukunya Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-Kanak, Dubos (1968 ) menyatakan bahawa maksud kesihatan ialah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spirituil dan kecergasan biologi bagi pihak individu dengan berpandukan persekitaran.
           
     Berpandukan definisi yang diberikan oleh tokoh tersebut, kita dapat fahami bahawa kesihatan yang sebenar bukan sahaja tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja, malah berkait juga dengan kesihatan mental. Oleh yang demikian, dalam masa kita menjaga kesihatan fizikal ataupun tubuh badan, kita seharusnya tidak melupakan kesihatan mental dan emosi. Seseorang yang panas baran, suka bertengking boleh dikatakan sebagai golongan yang mempunyai kesihatan yang baik walaupun mereka mempunyai tubuh badan yang sihat. Oleh yang demikian, dalam kita menjaga kesihatan fizikal, kita juga seharusnya tidak mengendahkan kesihatan mental dan emosi.

DATA UJIAN

Setelah menjalani kursus ini, berikut merupakan data bagi ujian pra yang dijalankan pada 4 Julai 2019 dan data ujian post yang dijalankan pada 12 September 2019.

PERKARA
UJIAN PRA
UJIAN POST
Berat (kg)
47.9
48.7
Tinggi (cm)
165.5
166.5
Body Mass Index (BMI)
17.6
17.6

SEGAK
Ujian Naik Turun Bangku
142
112
Ujian Tekan Tubi
22
30
Ujian Rengkuk Tubi Separa
22
25
Ujian Jangkaun Melunjur
41
44
Ujian Bleep
6.9
8.4
Jadual 1.0 Data ujian pra dan ujian post

REFLEKSI
Rajah 2.0 Mengukur tinggi dan berat
Berdasarkan berat saya pada ujian pra dan ujian post, berat saya meningkat sebanyak 0.8 kg kerana saya menggandakan sedikit rutin makan harian saya iaitu dengan mengambil hidangan nasi sebanyak 4 kali sehari. Saya mengambil hidangan nasi pada waktu rehat pembelajaran, seterusnya pada setelah waktu pembelajaran, seterusnya pada waktu petang dan yang terakhir pada waktu malam. Sejak dari dulu lagi, berat badan saya amat sukar untuk meningkat dan saya telah berusaha iaitu dengan mengambil 4 hidangan nasi sehari semalam bagi meningkatkan berat badan saya. Tinggi saya juga berjaya meningkat sebanyak 1 cm.
            
          Setelah dicampurkan dan dibahagikan berat dan tinggi saya, ianya menghasilkan BMI saya sebanyak 17.6 iaitu dibawah kategori kurang berat badan (underweight). BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu. Berat badan dan tinggi saya menghadapi keadaan yang tidak stabil menyebabkan hasil BMI saya berada di peringkat underweight.
Rajah 3.0 Ujian naik turun bangku
Bagi ujian naik turun bangku, kadar denyutan nadi saya berjaya menurun daripada 142 kepada 112. Tujuan ujian ini adalah untuk menguji daya tahan kardiovaskular. Daya tahan kardiovaskular ialah kemampuan jantung kita untuk mengepam oksigen kepada otot-otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti. Penurunan yang berlaku adalah disebabkan oleh latihan yang saya jalankan sebelum menghadapi ujian post. Saya meningkatkan rutin berjogging saya daripada sekali seminggu kepada dua kali seminggu dan dalam pada yang sama saya bermain futsal serta bermain bola sepak.

Rajah 4.0 Ujian tekan tubi
Ujian tekan tubi pula adalah untuk mengukur daya tahan otot tangan dan bahu. Ujian tekan tubi saya meningkat daripada 22 kepada 30. Ini juga hasil daripada sedikit latihan tekan tubi yang saya lakukan sebelum menjalani ujian post. Namun begitu, peningkatan yang tidak begitu banyak ini adalah disebabkan oleh latihan yang dijalankan tidak begitu kerap.

Rajah 5.0 Ujian rengkuk tubi separa
Ujian rengkuk tubi separa mengukur daya tahan dan kekuatan otot abdomen. Perkara ini dapat dilihat apabila setelah selesai melakukan ujian ini, saya berasa sakit pada bahagian abdomen iaitu bahagian perut. Ujian saya menunjukkan peningkatan daripada 22 kepada 25 dan peningkatan yang sedikit ini juga disebabkan oleh kurangnya latihan terhadap ujian rengkuk tubi separa ini.

Rajah 6.0 Ujian jangkauan melunjur
Bagi ujian jangkauan melunjur pula, ia juga menunjukkan peningkatan iaitu daripada 41 cm kepada 44 cm. Ini juga hasil daripada latihan-latihan regangan yang saya lakukan sebelum melakukan aktiviti. Ujian ini dilakukan adalah untuk mengukur fleksibiliti bahagian bawah belakang badan dan otot hamstring.

Rajah 7.0 Ujian bleep test
Setelah selesai ujian SEGAK, saya menjalani ujian bleep test. Ujian bleep test adalah ujian untuk menganggarkan VO2max. V02max merujuk kepada volume maksimum O2 yang diproses oleh tubuh manusia pada saat melakukan kegiatan yang intensif. Semakin tinggi VO2, bermaksud semakin bagus kapasiti aerobik seseorang (keupayaan jantung). Ujian bleep saya berjaya mendapat peningkatan iaitu daripada 6.9 kepada 8.4 dan ini merupakan hasil daripada latihan yang saya jalankan seperti berjogging, bermain futsal dan bola sepak.

PENUTUP
       Ujian SEGAK dan bleep test ini amatlah penting kepada setiap individu dalam mengenal pasti tahap kesihatan masing-masing. Berdasarkan ujian-ujian yang dijalankan, kita dapat menilai tahap kesihatan dan kecergasan diri masing-masing disamping melakukan peningkatan bagi memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik. Maka, amatlah wajar pihak IPG mewajibkan para siswa untuk menjalani ujian ini melalui kursus GKK1043 ini.

Rujukan

Ishak, Z. (2006). Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-Kanak. Selangor: Lohprint Sdn Bhd.
Malaysia, K. K. (n.d.). Portal Rasmi Myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/indeks-jisim-tubuh-ijt/
Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. (n.d.). Retrieved from https://sites.google.com/site/pjpkedu/kurikulum/menengah/tingkatan-1/1-1-daya-tahan-kardiovaskular: https://sites.google.com/site/pjpkedu/kurikulum/menengah/tingkatan-1/1-1-daya-tahan-kardiovaskular




Comments