Posts

Showing posts from September, 2019

Ujian SEGAK dan Ujian Bleep

Image
Bagi seluruh siswa guru Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan di setiap Institut Pendidikan Guru, mereka wajib untuk menghadiri dan menjalani kursus Kesihatan Diri dan Kecergasan (GKK1043). GKK1043 merupakan salah satu kursus yang generik iaitu kursus teras ataupun wajib bagi semua siswa guru PPISMP. Menurut Zainun Ishak di dalam bukunya Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-Kanak, Dubos (1968 ) menyatakan bahawa maksud kesihatan ialah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spirituil dan kecergasan biologi bagi pihak individu dengan berpandukan persekitaran.                  Berpandukan definisi yang diberikan oleh tokoh tersebut, kita dapat fahami bahawa kesihatan yang sebenar bukan sahaja tertumpu kepada kesihatan fizikal sahaja, malah berkait juga dengan kesihatan mental. Oleh yang demikian, dalam masa kita menjaga kesihatan fizikal ataupun tubuh badan, kita seharusnya tidak melupakan kesihatan mental dan emosi. Seseorang yang panas baran, suka bertengki